Skip to main content

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari

Vitamin C adalah vitamin larut air, dan ia bermakna tubuh anda tidak dapat menyimpannya malah tidak boleh menghasilkannya sendiri. Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel anda. Oleh itu, ini antara sebab mengapa anda perlu mengambil vitamin C untuk tubuh anda setiap hari.

Antioksidan

Vitamin C adalah salah satu antioksidan yang diperlukan oleh badan untuk membantu mengekalkan sistem kekebalan tubuh anda daripda kesan berbahaya radikal bebas. Radikal bebas yang terhasil daripada pendedahan kepada pencemaran atau makanan yang tidak sihat akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Jika anda rajin mengambil vitamin C setiap hari, tubuh anda akan mendapat fungsi antioksidan yang akan meneutralkan radikal bebas tersebut.

Kesihatan imun dan sistem saraf

Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Menurut kajian, tubuh mereka yang mempunyai keperluan vitamin C yang mencukupi mampu mencegah jangkitan berbanding dengan mereka yang kekurangan vitamin C. *1

Kulit berseri dan tanpa cela

Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, jeragat, penuaan dan pigmentasi akibat daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. *2,3 

Meningkatkan penyembuhan

Vitamin C diperlukan untuk menyembuhakan luka, mambaiki dan mengekalkan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin mudah mengalami masalah kehilangan gigi, gusi berdarah dan hilang kekuatan tulang. *4

Meningkatkan penyerapan zat besi

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan normal sel-sel darah merah dan haemoglobin. *5

Kesan kekurangan Vitamin C

Kekurangan vitamin C mengakibatkan luka lambat sembuh, gusi mudah luka dan berdarah, kelesuan, stress, mudang diserang selesema dan kulit kering.

Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.

Vitamin C perlu diambil daripada sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan zat tersebut termasuk brokoli, asparagus, sayuran hijau, tomato, lada benggala, betik, strawberi, oren, melon dan kiwi. Anda juga boleh mengambil Vita-C Plus bagi memastikan anda mendapat nutrisi lengkap yang diperlukan badan anda setiap hari. Optimumkan tahap vitamin C anda dan nikmati kesihatan yang menakjubkan!

Keistimewaan Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 

Sustained Release bermaksud ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran melalui perkumuhan. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


Promosi Oktober 2018

5% Diskaun bagi setiap pembelian 3 botol Vita-C Plus. Dapatkan sekarang.

Promosi Vita-C Plus 5%

Whatsapp : http://TipKadir.wasap.my (011-32748760)

Instagram: @tipbeautygarden

Facebook: Shaklee JB by Tip Beauty Garden

*Rujukan:
1. Angela Sorice et al. Ascorbic Acid: Its Role in Immune System and Chronic Inflammation Diseases. Mini-Reviews in Medicinal Chemistry, 2014, Vol. 14, No. 5.
2. Block, G.: Vitamin C, cancer and aging. AGE. April 1993, Volume 16, Issue 2, pp 55-58.
3. MURAD et al. Regulation of collagen synthesis by ascorbic acid. Proc. Natl. Acad. Sci. USA 78 (1981)
4. Mahan LK, Arlin M. Krouse’s Food Nutrition and Diet Therapy. 8th ed. Philadelphia: WB Saunders Co, 1992.
5. James D. Cook. Vitamin C, the common cold, an iron absorption. The American Journal of Clinical Nutrition: FEBRUARY 1977, pp. 235-241.  

KKLIU 0611/2017
MAL13085068NC
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bekalan Vitamin Cergas Haji & Umrah

Kali pertama menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah. Time tu jugak la, mak dan ayah buat kali pertama menunaikan Umrah. Masa tu awal2 dah plan dengan macam2 persiapan. Selain persiapan dari segi ilmu ibadah, Tip jugak study tentang tempat2 yang akan di lawati di sana. Dan perkara yang paling penting ialah, bekalan ubat-ubatan dan emergency kit sepanjang berada di sana. Untuk ayah, bekalan ubat memang wajib. Dia ada asma. Mak pulak dengan alat2 bantuan support lutut. Yelah, kat sana nanti banyak berjalan kan. Nak naik turun dari hotel ke masjid, nak ziarah... Masa tu pulak, Tip risaukan tentang keadaan kitaran haid. Ha... Banyak kan kena ambil perhatian. Kita mesti tak nak, semua masalah2 ni mengganggu ibadah kita nanti di sana. Insha'Allah semoga Allah permudahkan. Dan Alhamdulillah, perjalanan ibadah Umrah kami akhirnya selamat. Rasa rindu saat2 dan memori di sana. Mak dan ayah pun diberi rezeki menunaikan Haji setahun selepas ziarah Umrah kami. Dan kini bergelar Haji dan Hajja

Shaklee | Selamat | Terbukti | Berkesan |

Falsafah Produk Shaklee Selama lebih 100 tahun, pelbagai generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang tidak ada syarikat lain mampu tampilkan - menghasilkan produk yang selamat secara semula jadi DAN terbukti berkesan. Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik untuk semua. Kami melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa dan anda sentiasa mahu berkongsi dengan keluarga dan rakan mengenainya. Setiap bahan di dalam setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan lembut serta mesra pada alam sekitar. Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar. Ia Selamat. Ia terbukti. Dan ia berkesan. Mulakan langkah pertama untuk kehidupan anda yang lebih sihat bersama Shaklee. Penjagaan NUTRISI & KESIHATAN Penjagaan KECANTIKAN Penjagaan KULIT BAYI Pen