Vitamin C adalah vitamin larut air, dan ia bermakna tubuh anda tidak dapat menyimpannya malah tidak boleh menghasilkannya sendiri. Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel anda. Oleh itu, ini antara sebab mengapa anda perlu mengambil vitamin C untuk tubuh anda setiap hari.
Antioksidan
Vitamin C adalah salah satu antioksidan yang diperlukan oleh badan untuk membantu mengekalkan sistem kekebalan tubuh anda daripda kesan berbahaya radikal bebas. Radikal bebas yang terhasil daripada pendedahan kepada pencemaran atau makanan yang tidak sihat akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Jika anda rajin mengambil vitamin C setiap hari, tubuh anda akan mendapat fungsi antioksidan yang akan meneutralkan radikal bebas tersebut.
Kesihatan imun dan sistem saraf
Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Menurut kajian, tubuh mereka yang mempunyai keperluan vitamin C yang mencukupi mampu mencegah jangkitan berbanding dengan mereka yang kekurangan vitamin C. *1
Kulit berseri dan tanpa cela
Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, jeragat, penuaan dan pigmentasi akibat daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. *2,3
Meningkatkan penyembuhan
Vitamin C diperlukan untuk menyembuhakan luka, mambaiki dan mengekalkan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin mudah mengalami masalah kehilangan gigi, gusi berdarah dan hilang kekuatan tulang. *4
Meningkatkan penyerapan zat besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan normal sel-sel darah merah dan haemoglobin. *5
Kesan kekurangan Vitamin C
Kekurangan vitamin C mengakibatkan luka lambat sembuh, gusi mudah luka dan berdarah, kelesuan, stress, mudang diserang selesema dan kulit kering.
Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.
Vitamin C perlu diambil daripada sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan zat tersebut termasuk brokoli, asparagus, sayuran hijau, tomato, lada benggala, betik, strawberi, oren, melon dan kiwi. Anda juga boleh mengambil Vita-C Plus bagi memastikan anda mendapat nutrisi lengkap yang diperlukan badan anda setiap hari. Optimumkan tahap vitamin C anda dan nikmati kesihatan yang menakjubkan!
Keistimewaan Vita-C Plus
Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Sustained Release bermaksud ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran melalui perkumuhan. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.
Promosi Oktober 2018
5% Diskaun bagi setiap pembelian 3 botol Vita-C Plus. Dapatkan sekarang.
Promosi Vita-C Plus 5% |
Whatsapp : http://TipKadir.wasap.my (011-32748760)
Instagram: @tipbeautygarden
Facebook: Shaklee JB by Tip Beauty Garden
*Rujukan:
1. Angela Sorice et al. Ascorbic Acid: Its Role in Immune System and Chronic Inflammation Diseases. Mini-Reviews in Medicinal Chemistry, 2014, Vol. 14, No. 5.
2. Block, G.: Vitamin C, cancer and aging. AGE. April 1993, Volume 16, Issue 2, pp 55-58.
3. MURAD et al. Regulation of collagen synthesis by ascorbic acid. Proc. Natl. Acad. Sci. USA 78 (1981)
4. Mahan LK, Arlin M. Krouse’s Food Nutrition and Diet Therapy. 8th ed. Philadelphia: WB Saunders Co, 1992.
5. James D. Cook. Vitamin C, the common cold, an iron absorption. The American Journal of Clinical Nutrition: FEBRUARY 1977, pp. 235-241.
KKLIU 0611/2017
MAL13085068NC
1. Angela Sorice et al. Ascorbic Acid: Its Role in Immune System and Chronic Inflammation Diseases. Mini-Reviews in Medicinal Chemistry, 2014, Vol. 14, No. 5.
2. Block, G.: Vitamin C, cancer and aging. AGE. April 1993, Volume 16, Issue 2, pp 55-58.
3. MURAD et al. Regulation of collagen synthesis by ascorbic acid. Proc. Natl. Acad. Sci. USA 78 (1981)
4. Mahan LK, Arlin M. Krouse’s Food Nutrition and Diet Therapy. 8th ed. Philadelphia: WB Saunders Co, 1992.
5. James D. Cook. Vitamin C, the common cold, an iron absorption. The American Journal of Clinical Nutrition: FEBRUARY 1977, pp. 235-241.
KKLIU 0611/2017
MAL13085068NC
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Terbik Vitamin C shaklee ni
ReplyDeleteTengah ada promosi ni.
Delete